Wednesday 23 July 2014

KEJAM: Takut Pesakit Tak Mampu Bayar Bil, Hospital Swasta Tak Mau Terima Tiga Beranak Terlibat Kemalangan

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah hospital swasta yang memilih kasih dalam menerima pesakit. Thomas Loh berkata, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu. Kemalangan itu membabitkan tiga beranak , kata Loh lagi menerusi laman Facebook Sarawak Update. 

Dalam kejadian itu, dia pergi ke sebuah hospital swasta yang terdekat untuk memaklumkan kejadian. Malangnya, jururawat yang bertugas menolak pesakit-pesakit terbabit dengan alasan, takut jika tiada siapa yang nak bayar bil ketiga-tiga mangsa.

Jururawat tersebut juga berkata, jika kes seperti itu, hospital kerajaanlah yang patut bertanggungjawab. 

Dalam laporan itu, Thomas mengecam perbuatan hospital swasta terbabit kerana mementingkan wang daripada keselamatan pesakit. Kalau nak duit sangat baik tak payah bukak hospital.

Berita semalam (22 jul 14)

Memang sedih melihatkan peristiwa yang berlaku ditempat kita.Sudah seringkali kita mendengar berita-berita begini.Apakah langkah kita seterusnya? Memang kita tidak mengharapkan ianya berlaku kepada kita dan keluarga,tapi pastikah kita ianya tidak akan kita tempuhi?Mengambil langkah berjaga-jaga itu adalah lebih baik.....

No comments:

Post a Comment